JAKARTA: Artis dari Indonesia Syahrini akhirnya mendedahkan
sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor,
iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani,30, berkata,
mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika
bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.
“Hubungan kami sudah berjalan sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh itu
ia tiada masalah cuma saya tidak mahu ia diketahui ramai,” katanya bagi
menjelaskan hubungan mereka ketika ditemui pemberita di Royal Hotel,
Bogor, dekat sini.
Tambah wanita itu, pada bulan Februari lalu dia telah menerima
sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta
jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.
Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari
Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media
Indonesia.
Beliau turut mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan
orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja,
tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu.
- detikhot.com
Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu.
ReplyDeletebukan melayu pun boleh guna nama tu...contoh..raja gopal, raja lingam, raja ratnam, sultan mydeein, sooltan hameed, sultan mee
Pakej Group 40 orang/Rombongan/Lawatan bas:
ReplyDelete40 orang/ kumpulan: RM10/seorang semalam @ RM400/bas.
Semua dilengkapi kemudahan asas seperti TV, kettle, Iron, berhawa dingin dan berdekatan Kedai Runcit.
Hubungi En Azman 0123736548 atau layari http://jasinhomestay.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut