Isu Haram Jadah Dari Mulut PM Haji Najib: ANAK Hantar Notis Tuntutan

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan menghantar notis tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau menarik balik dan memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan perkataan "haram jadah" dalam ucapan pemberian durian runtuh kepada peneroka 8 Mei lalu.
NONEPresidennya Mazlan Aliman(kiri) berkata notis itu akan diserahkan selepas Najib pulang daripada luar negara dan beliau diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Ucapan perdana menteri ini dijadikan bahan cemuhan oleh peneroka Felda... Peneroka yang yang tidak menandatangani (untuk persetujuan) penyenaraian (turut) berasa sedih," katanya dalam sidang media hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman malu terhadap Najib jika beliau gagal berbuat demikian selepas tempohnya tamat.

"Siapa akan menyaman, kita akan maklumkan kemudian. Peguam kita sudah bersiap sedia," katanya sambil menambah pihak telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Najib itu.

Mazlan juga kesal dengan sikap menteri dan ahli parlimen tertentu yang didakwanya turut mengeluarkan ucapan "yang mengaibkan dan mencemuh" peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia supaya keluar daripada FELDA.

"Bagi saya ia tidak wajar, tidak profesional dan bersifat kebudak-budakan. Mana boleh kita menggunakan hujah seperti itu. Apa kena mengena pemberian durian runtuh dengan status peneroka sebagai tuan tanah.

"Mereka masuk ke tanah rancangan bukan percuma, mereka bayar. Bagaimana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.