Inilah Gambar2 Pimpinan Tertinggi UMNO Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan Anak Bekas Timb. Presiden PAS.. Mana Pulak Pimpinan Tertinggi PAS Yang Hadir?? Jom Terjah!!!



BANGI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.


Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.



Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.


Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.



Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.