Inilah Yang Dikatakan Pukulan Maut Kepada Penguasa & Petugas Parti Di Ibu Pejabat Umno Jalan Sultan Ismail... Jom Terjah!!!


Bersih 3.0 Kelam Kabutkan Ibu Pejabat Umno 

Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.


Teaku Adnan Mansor
Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.

 Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno? 


Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.

Laksana apa yang berlaku kepada isu projek lembu gemuk (NFC) laki Sharizat, isu Bersih sudah diperkatakan di merata tempat. Ia menjadi butiran zikir dan juadah endak di keda-kedai kopi, kedai gunting rambut dan juga market. Semua memperkatakannya; mengenai kejayaan Bersih dan kekejaman polis kepada para himpunan. Membimbangkan juga mereka menanti pilihan raya untuk menterjemahkan kemarahan dan kegeraman mereka itu.


Rakyat mempertikikan himpunan itu dan juga perilaku pihak berkuasa ke atas peserta himpunan itu yang dianggap kasar dan keterlaluan. Apapun alasan rakyat tidak boleh menerima melihat aksi-aksi ganas polis yang dipaparkan dalam you-tube. Makcik dan pakcik di kampung juga melengung panjang bila anak-anak mereka menunjukkan you tube itu kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu menggunakan internet, tetapi mereka memiliki anak-anak yang mahir dalam bidang IT.

Mereka tidak peduli apakah video yang dipertontonkan kepada mereka itu benar atau tidak, yang penting mereka dapat tenguk sendiri bagaimana lebih 20 orang polis trafik memukul dan membelasah seorang peserta. Gelagak sadis semacam burung hereng hendak menelan bangkai itu sudah melekat di kepala mereka dan ia tidak mudah untuk ditanggalkan kandati dibayar RM500.

Saya percaya mereka juga menonton dan tengok video dirakam oleh Polis. Tetapi mereka akan jadi pesimis dan meraguinya kerana mereka sudah tahu yang kerja dan tugas polis kepada Umno. Polis akan membuat seuatu yang baik kepada Umno dan akan melakukan atau memberi gambaran jahat kepada pembangkang. Bukan tidak ada polis yang ikut dibelasah, tetapi mereka merasakan hukuman itu adil bagi polis kerana mereka (polis) dalam keadaan sedia dengan peralatan perang yang lengkap sedangkan peserta Bersih hanya ada sebotol air mineral.


Dalam konteks perjuangan yang diheret dan dibawa Anwar Ibrahim, selamanya para penyokongnya dan para simpati dengan perjuangannya tidak dapat menerima kebaikan polis. Bagi mereka polis selamanya jahat dan berniat huduh dengan Anwar. Mereka tetap mengingati peristiwa kejam bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar sehingga mata kawan itu lebam. Kejadian itu sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak akan terlupa sampai ke liang lahad.


Kejadian dan insiden itu telah terpahat dalam ingatan dan mereka menganggap polis-polis yang ada hari ini adalah peninggalan Rahim Noor. Budaya yang diterima pakai ini adalah budaya Rahim Noor. Ismail Omar gagal untuk mengikis budaya brutal polis itu. Mereka sudah termakan najis atau kencing Rahim Noor. Dengan apa yang berlaku di himpunan Bersih rakyat menganggap tranfosrmasi terhadap polis yang diharapkan masih belum berlaku.


Persepsi dan realiti itu semualah yang merisaukan orang ibu pejabat Umno. Dari sumber dalaman memberi tahu, petugas ibu pejabat dan Adnan Mansor sedang memikirkan sesuatu untuk bertindak. Mereka perlu menjawab dan menjelas segera apa yang berlaku kepada rakyat. Sekiranya lambat menyebabkan persepsi buruk kepada UBN makin menebal dan akhirnya mereka akan 'menjuah' dan  menolak Umno.

Bersih 3.0 didomonasi orang Cina?
Untuk tujuan itu, ibu pejabat Umno mahu memastikan perayaan hari ulang tahun Umno ke 66 pada 11 hingga 13 Mei ini perlu diadakan sebesar-besarnya. Perayaan dicadangkan di Bukit Jalil itu yang mula menganggarkan kehadiran 100,000 tetapi kini Umno meletakkan sasaran 500,000. Iya angka itu barulah sepadan dengan jumlah yang berhimpun di Bersih: Duduk dan Bantah itu yang mencapai jumlah 250,000.


Lantaran itu katanya semua petugas parti bermula di ibu pejabat sampai ke peringkat bahagian kena memastikan perayaan itu dihadiri 500,000. Untuk tujuan itu segala keperluan terutamanya wang ringgit di tambah. Mungkin kalau peserta Bersih dilaporkan oleh media Penjilat Bntut diupah RM150 seorang, maka mereka yang bakal hadir pada perayaan Umno akan mendapat durian runtuh sampai RM500.00 setiap orang.


Umno akan melakukan apa saja demi untuk membunuh semangat Bersih. Kalau angka itu tidak tercapai, ini bererti Umno akan malu besar. Umno sangat memerlukan khalayak seramai itu bagi membolehkan parti itu memendekkan penantian bagi mengadakan pilihan raya umum. Umno tidak sanggup untuk menanti lebih lama lagi, kerana lagi lama lagi buruk keadaannya. Ibarat penghidap barah, lagi lama menanti untuk pembedahan keadaan lagi parah. Umno kini berada dalam stage four.


"Tidak ada jalan lain untuk mengatasi Bersih dengan kita mengumpulkan orang seramai mungkin. Berapa banyak wang perlu dibelanjakan, belanjalah. Kita ini umpama pesalah yang sedang menanti hukuman gantung mandoteri. Sebelum dihukum kita dibenarkan meminta apa saja makanan yang kita mahu, nah kita belanjalah sebanyak mungkin kerana untuk menyelamatkan kita," begitulah ucap seorang pemikiran Umno yang sangat risau dengan nasib Umno kini.

Jadi bersiap sedialah seluruh ahli Umno yang didakwa ada lebih 3 juta nyawa itu untuk memenuhi stadium Bukit Jalil. Tunjukkan kekuatan anda sekalian kerana parti anda kini memerlukan life support yang terakhir untuk anda terus bernafas. Kalau perlu hunuskan keris, hunuslah. Mat ... Mat Maslan apa macam sekarang, sihat ke? 


MSO [wm.kl.12:34 t/hari 01/05/12] 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.