BLACKBURN, - Manchester United (MU) kembali menjauh dari Manchester City dengan 5 mata, setelah menang 2-0 atas Blackburn Rovers dalam perlawanan Premier League di Stadium Ewood Park, Selasa (3/4/2012) awal pagi ini. Dua gol kemenangan MU dihasilkan oleh Antonio Valencia dan Ashley Young pada separuh masakedua. Di puncak liga, MU kini kukuh dengan 76 mata.
MU memulakan perlawanan dengan baik. Mereka menyerang sejak awal dan memaksa Blackburn hanya bergantung pada serangan balik. Pada minit ke-11, MU mempunyai peluang untuk didepan. Umpan silang mendatar dari Antonio Valencia berjaya disambar oleh Javier Hernandez. Sayang, bola hasil sentuhan Hernandez masih boleh dihentikan oleh penjaga gol Paul Robinson.
Tuan rumah membalas pada minit ke-18. Tendangan jarak jauh David Hoilett membawa bola ke arah gawang MU. Nasib bagi pasukan tetamu, penjaga gol David De Gea melakukan penyelamatan gemilang untuk menepis bola keluar.
MU sebenarnya menguasai penguasaan bola. Namun, mereka masih ditekan denagn kuatnya pertahanan Blackburn. Pasukan Sir Alex Ferguson hanya sesekali berjaya menusuk ke dalam kotak penalti Blackburn dan melepaskan ancaman. Salah satunya adalah ancaman yang dilakukan oleh Jonny Evans pada minit ke-31. Sayang bola hasil tendangan kaki kanannya masih lemah lemah sehingga dengan mudah ditangkap oleh Robinson.
Blackburn bukannya tiada peluang. Bahkan, penjaga gol David De Gea dipaksa melakukan lima penyelamatan selama separuh masa pertama. Terutama menjelang separuh masa pertama berakhir, Martin Olsson dan Grant Hanley memaksa De Gea bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya. Hingga akhir separuh masa pertama skor 0-0 tak berubah.
MU tetap menekan di separuh masa kedua. Pada minit ke-55, Wayne Rooney mengancam gawang Blackburn lewat pelaksanaan tendangan bebasnya. Namun, ancaman tersebut tak menghasilkan gol kerana bola masih boleh ditepis keluar oleh Robinson.
Dua minit berselang, Robinson kembali melakukan penyelamatan gemilang. Kali ini ia harus bekerja keras mematahkan peluang dari Rafael da Silva.
Blackburn membalas. Tendangan bebas dari Morten Gamst Pedersen pada minit ke-62 sempat mengancam gawang MU. Namun, bola masih boleh diselamatkan oleh De Gea dan dibuang oleh Ferdinand.
Setelah mencuba beberapa kali, MU akhirnya mampu memecah kebuntuan. Valencia berjaya menembusi gawang Robinson melaui sepakan kaki kanannya. Gol ini cukup cantik kerana Valencia melakukannya dari sudut yang sukar.
Gol ini menjadi pencetus semangat pasukan "Red Devils". Pada minit ke-86, MU menambah keunggulan melaui pemain gantian Ashley Young. Menerima bola dari Valencia, Young menundukkan Robinson dengan sepakan kaki kanannya. Gol ini menjadi penutup kemenangan MU di aksi itu.
SUMBER| Terima kasih tabekpuang.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment