Malaysia Tanah Airku!!! Denda Berbaju Lengan Pendek Lebih Mahal Dari Penari Tiang... Jom Terjah!!!

Penari Tiang denda RM25Bunyi macam tak logik bila tiga orang penari tiang atau Tiger Show kat Seremban hanya didenda sebanyak RM25 oleh Mahkamah Majistret. Menurut laporan, penari-penari tersebut dapat meraih pendapatan RM200 untuk satu sesi, kalau satu malam ada 8 sesi dah berapa, lelaki kacak memang suka la tengok. Kena denda pulak hanya RM25.
Dah pasti mereka bayar denda tersebut dengan senyum lebar dan boleh sambung kerja balik lepas bayar denda. Tak faham kenapa hanya RM25 bukan RM25,0000 – kerajaan patut jelaskan hal ni (bukan pasal politik) sebab memang tak munasabah. Macam mana kerajaan nak banteras masalah sosial remaja bila denda pun macam tak payah denda.
Mungkin mahkamah ada alasan mereka tersendiri dan perlu dijelaskan kepada orang ramai supaya tak salah faham. Nampak mereka hanya-hanya main-main atau kurang serius dengan kes tersebut. Padahal itu perlakuan lucah depan khalayak ramai. kalau kat Kelantandenda kepada wanita yang memakai baju lengan pendek je pun dah RM500.
Adakah kes baju lengan pendek lebih teruk dari kes penari tiang, dah jadi terbalik.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

sumber 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.