Isu Murtad : Datuk Dr Hasan Ali Telah Tayang Video 3 Versi Seperti Yang Dijanjikan.. Jom Terjah!!!

Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini dengan menayangkan video selama 16 minit kepada media membabitkan pengakuan dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata, menerusi gerakan Unit Selamatkan Akidah (USA) pengakuan secara sukarela dua individu terbabit berjaya dirakam dan dipaparkan menerusi versi video di kediamannya, sebentar tadi.

"Video pengakuan dua individu terbabit dirakam dalam tiga versi iaitu 16 minit, 42 minit dan versi yang tidak disunting itu satu jam 30 minit," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Susulan tayangan video terbabit, pihak media dilarang merakam visual, audio dan imej yang disiarkan bagi menjamin keasliannya serta menghormati hak individu terbabit.

Berdasarkan pemerhatian Berita Harian Online, video yang dihoskan Dr Hasan sendiri menampilkan seorang lelaki berusia 27 tahun memceritakan pengalamannya apabila dikristiankan

1 comments:

  1. he he tertengok bideo 3minit lebih td...he heee hingatkan ada arr bideo intipan pasal aktiviti tuh...bideo pengakuan jer...orgnya tak nampak pun...he he cam kisah pengakuan benau yg biasa kat tv jerr...hik hik muka kelabu...tak pun nampak blakang jer...tp nih lg hebat nampak tangan jerr kik kik kik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.