Akhirnya Tan Sri Annuar Musa Didapati Bersalah : Hukuman Berat Sangat Nie... Berkuasa Sungguh Mereka Ini, Apa Pandangan Anda??

KELANA JAYA: Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.



Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa disambut oleh hampir 300 penyokong Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (GEMPITA) ketika tiba di Wisma FAM bagi mengahdapi perbicaraan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM
Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri. 

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

3 comments:

  1. Sampai mampus fam tak akan maju. ROMBAKKAN BESAR BESARAN FAM MESTI DILAKUKAN

    ReplyDelete
  2. Kan Raja adalah bayangan 'Tuhan' di dunia? Mana boleh bantah.

    Tuanku Presiden 'Turunlah' berilah peluang kepada orang muda yang beridea dan berfikiran bernas memajukan bola sepak Malaysia.

    Yang dah kering idea tu berhentilah. Tak payahlah tongkat langit di situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.