Panas!!! Anak Menteri Dapat Kontrak Luar Negara...

[Image: Dafi-AF-Jadi-Artis-Eksklusif-Trans-TV-Indonesia.jpg]

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Dafi melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila dipilih sebagai artis eksklusif stesen televisyen, Trans TV di Indonesia selepas dia mengikat kontrak dengan stesen TV itu pada 13 Januari lalu.

Difahamkan anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ini mengikat kontrak bersama Trans TV selama setahun sebagai wajah eksklusif atau talent untuk bahan siaran di saluran TV tersebut.

“Sejak dilantik sebagai artis eksklusif itu, saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual kerja yang telah disusun. Saya bukan sahaja akan meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian tetapi juga berlakon di sana,” ujarnya.

Peluang yang diraih oleh Dafi itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana tidak ramai artis Malaysia yang diterima baik dalam dunia hiburan Indonesia dan dia antara yang bernasib baik selepas Ashraf Sinclair yang kini terkenal sebagai pelakon di sana

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.