Surat Rasmi Pemecatan Keahlian PAS Telah Dihantar Kepada Datuk Dr Hasan Ali..

PAS telah menghantar surat pemecatan keahlian kepada bekas Pesuruhjaya Selangornya, Datuk Hasan Mohamad Ali, semalam, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan).
NONE"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Mustafa yang dipetik oleh Harakahdaily.

Surat itu disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

Surat yang ditanda tangani oleh setiausaha agung PAS itu  diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur Ahad lalu, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

hadi awang on hasan ali sacking 080112Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Timbulkan keresahan

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

azlanBeliau juga mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ semalam yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.
Perbezaan pendapat besar dalam PAS
Sementara itu, mengulas pemecatan berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata, ia adalah soal dalaman parti itu dan dan tidak ada kena mengena dengan Umno.

najib tun razak and pas“Dari segi Umno kita anggap ini sebagai soal dalaman PAS dan tidak ada kena mengena sama sekali dengan sebarang campur tangan Umno,” katanya.

Najib berkata pemecatan itu bukan saja soal mengenai Hasan yang dianggap cukup mesra terhadap Umno tetapi kritikal terhadap sekutu Pakatan Rakyat yang lain, tetapi permasalahan yang ada sangkut paut dengan dasar dan hala tuju PAS di kalangan kepemimpinan PAS.

“Kita melihat ini bukan saja soal Hasan Ali, tetapi permasalahan ini ada sangkut paut dengan dasar dan hala tuju PAS.

“Nampaknya ada perbezaan pendapat besar mengenai hala tuju dan masa depan PAS... tetapi perkara pokoknya kita anggap ini sebagai soal dalaman PAS, bukan urusan Umno sama sekali,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.