Amy Search Nasihat Anaknya Nabila Huda Agar Jaga Tingkah Laku : Isu Gambar Bercium Dengan "Teman Lelaki Baru"

Amy Search
 
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.
 
Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.

Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.

"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya.

3 comments:

  1. teruknya anak pak aji ni..tu la.. cermin diri dlu sblm berdakwah mnyalahkan orang lain.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kita jgn salahkan si bapa kalau anaknya mcm tu... Itu satu ujian pada pada dia dapat anak mcm tu.

    Tak timbul isu salahkan orang lain. Dia berdakwah n sampaikan kebenaran dan nasihat...

    Kalau nak guna sifir berfikir cara anda, nabi nuh lagi teruk, anak dia x masuk2 islam. Dah lama nabi nuh kena reject sebab anaknya kekal kafir. tapi nabi nuh bersalah ke?

    Jgn sebarangan kata. Takut nanti Allah uji anda dapat anak @cucu mcm nabila..

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn ad dimasyqi. Ini tauladan kpd kita semua jgn asyik mencerca org lain tp diri sendiri lupa nk tgk cermin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.