Ada Video: Kekuatan Angin Selaju 140km/H, 85 Keluarga Hilang Tempat Berteduh Di Kuala Kedah..



ALOR SETAR: Sebanyak 85 keluarga hilang tempat berteduh buat sementara selepas bumbung dan dinding rumah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian di Taman Bersatu, Kuala Kedah dekat sini, hari ini.

Ribut yang disertai hujan lebat selama beberapa minit itu bermula kira-kira jam 4.30 petang turut merosakkan 15 rumah lain. Hampir keseluruhan bumbung rumah terbabit diterbangkan angin.

Bagaimanapun, tiada mangsa kemalangan atau kecederaan susulan ribut terbabit.

Salah seorang mangsa, Mahathir Budin, berkata ketika kejadian, dia, isteri dan tiga anaknya sedang menonton televisyen di rumah.

“Kami terkejut apabila terdengar bunyi deruan angin kuat dan pada masa sama kami melihat bumbung rumah diterbangkan angin,” katanya semasa ditemui selepas kejadian itu.

“Kami meniarap atas lantai ruang tamu rumah untuk mengelak daripada ditimpa kayu atau bumbung. Saya juga sempat melaungkan takbir dengan harapan angin kencang reda,” katanya.

Mahathir berkata, selepas keadaan reda beliau keluar dan mendapati bumbung rumahnya dan jiran, kebanyakannya diterbangkan angin serta rosak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi bantuan makanan kepada mereka. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.