Pembongkaran Khas: Skandal Parpukari - Benarkah Beliau Merupakan Raja Blogger Untuk UMNO Malaysia???



Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.

Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?
Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.

Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.

Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil.

Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah?
Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib.

Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform.


Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak.

Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak.

Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak.

Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib.

Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin.

Parpukari adalah orang Perak.

So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha.

Zambry Kadir telah mengarahkan supaya satu portal dibuat untuk mempromosi dirinya dan Umno Perak. Oleh itu satu portal telah dibuat ia-itu…Perak-Today.com Tumpuannya ialah berita-berita Perak dan diselitkan dengan berita nasional. Penyelaras Perak diberikan kepada Cikgu Najimy, blogger Taiping Mali manakala Parpukari menjadi Penyelaras nasional. Cuba tengok printscreen dari Perak Today.


Kalau tengok kepada English Section, semuanya dikemaskini oleh Najimy a.k.a Taiping Mali. Tapi ada dua berita nasional yang disumbangkan oleh "Salim". siapa Salim? Yang tu hangpa jawab sendiri la.

Cuba tengok blog Taiping Mali…berita tentang Raja Ahmad dan Zambry diberi keutamaan. Dan posting yang keluar dalam Taiping Mali juga akan keluar dalam Perak Today.

Tengok pula blog Parpukari. Mengapa blog Parpukari membuat promosi khas untuk Perak Today?



Pandai tak Parpukari? Dia gunakan blog dia untuk mempromosi Perak Today, sebab dia pun ada share dalam Perak Today. Bukan takat yang ni saja, kat sidebar pun ada link.



Bagi aku, sapa terima duit itu tak menjadi masalah tapi adakah duit yang digunakan itu duit individu atau duit yang disonglap dari duit rakyat? Kalau duit rakyat, aku tak setuju.

Apakah salah kalau Parpukari terima RM80,000 untuk propaganda Umno? Macam mana dengan peruntukan RM15 juta kerajaan Selangor untuk PIKOM?

Dua-dua sama saja.

-
Oleh: MSK


1 comments:

  1. Lebih besar unit propaganda-ganda wang UMNO/rakyat terpilih adalah Blog House Malaysia. You boleh check officers list dan tak hairan lah PK pun ada di Top sana. Boleh kata ini lah warchest terbesar UMMNO di cyber space sebab budgetnya dari PM Ofislah!:) I pun"jeles" ole, LOL!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.