Inilah Wajah Pemandu Bas Yang Dihukum Penjara Dan Denda Kerana Memandu Melulu Menyebabkan Kematian 10 Penumpang

IPOH 7 Sept – Seorang pemandu bas ekspres hari ini dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang, dua tahun lepas.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah turut memutuskan supaya lesen memandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 39, dari Yan, Kedah digantung selama tiga tahun.

Pemandu bas ekspres dua tingkat Sani Express itu dituduh memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu pada kira-kira pukul 1 pagi di Km 272.7, Lebuh Raya Utara-Selatan pada 26 Disember 2009.

"Keputusan mahkamah ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain supaya lebih berhati-hati di jalan raya terutama ketika memandu bas bertingkat,” kata Mohamed Ruhizat.

Beliau berkata, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan mahkamah tiada pilihan selain mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

– Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.