Akhbar Di Indonesia Memberi Liputan Meluas Tentang Kekerasan Polis Terhadap Peserta BERSIH 2.0

DetikNews.com turut menyiarkan ulasan seorang pengamat politik Asean mengenai perhimpunan Bersih 2 itu.

PETALING JAYA: Perhimpunan Bersih di ibu negara pada hari Sabtu lalu turut dilaporkan oleh akhbar-akhbar Indonesia.
Akhbar Jawa Pos, Kompas, DetikNews.com dan Media Indonesia selain melaporkan bertita tetapi menyiarkan gambar orang ramai berkumpul dan berdemontrasi di Kuala Lumpur.
Media Indonesia melaporkan tentang kecederaan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selain ancaman pembangkang untuk mengadakan perhimpunan yang lebih besar.
DetikNews.com turut menyiarkan ulasan seorang pengamat politik Asean mengenai perhimpunan Bersih 2 itu.
Menurut Cecep Hidayat, perhimpunan Bersih itu mirip dengan gerakan di Indonesia pada tahun 1998.
Namun, katanya kerana tidak mempunyai keadaan yang sama dengan Indonesia, maka demonstrasi di Malaysia diramalkan tidak berakhir seperti Indonesia 1998.

Pada tahun itu demontrasi jalanan Indonesia berjaya menjatuhkan presiden Suharto.

Di tangan orang muda

“Harus melihat keadaan sebelumnya. Kerana tidak ada krisis ekonomi, lalu krisis kepemimpinan dan berakhir pada krisis legitimasi, maka perjuangan pembangkang amat susah,” ujarnya seperti tersiar hari ini.
Cecep menjelaskan, perubahan politik di Malaysia sekarang, berada di tangan orang muda.
Katanya, jika tidak direspons, maka perjuangan kelompok pembangkang hanya bersifat elitis.
“Orang muda Malaysia mahu berubah atau tidak. Ini boleh menjadi stimulus,” jelasnya.
Menurutnya, salah satu alat komunikasi politik untuk menarik orang muda Malaysia dengan mensosialisasikan perkara tidak demokratis.
“Banyak negara berubah kerana jejaring sosial merupakan alat komunikasi politik,” ujarnya.
Polisi menangkap lebih dari 1.600 orang, termasuk tokoh pembangkang terkemuka, namun mereka telah dibebaskan.
Baharuddin Ahmad meninggal terkena tembakan gas air mata.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.