Abang Ipar MP Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Dikekalkan Hukuman Penjara 30 Bulan Dan 3 Sebatan Oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam...

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Abang kepada pelakon Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad dan mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan atas tuduhan memiliki 12.15 gram dadah jenis syabu dalam serbuan polis di kondominum di Bukit Antarabangsa, Ampang, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki juga menolak rayuan peguam, Mohd Faiz Fadzil, untuk penangguhan pelaksanaan hukuman itu kerana kes berkenaan adalah kes di Mahkamah Majistret Ampang.

Sehubungan itu, katanya, tertuduh perlu mengemukakan rayuan itu di Mahkamah Rayuan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.