Pelakon Ini Ada Masalah Disiplin, Tiba Lewat 4 Jam Di Lokasi Penggambaran... Fansha Sandha Luahkan Rasa Tidak Puashati..


FASHA SANDHA


PELAKON sensasi Fasha Sandha yang telah meluahkan rasa marahnya terhadap seorang pelakon lelaki menerusi laman sosial Twitter ternyata mengejutkan ramai pihak.

Ia adalah kerana aktor berkenaan yang tiba lewat di lokasi selama empat jam. Menurut Fasha, masa yang ditetapkan oleh pihak produksi untuk tiba ke lokasi adalah pada pukul 8 pagi, sedangkan aktor berkenaan hanya tiba pada pukul 12.30 tengah hari.

Disebabkan masalah tersebut, Fasha telah melahirkan rasa marahnya menerusi Twitter. Apa yang lebih menimbulkan kemarahannya, aktor itu juga langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya itu.

Walaupun tidak menjelaskan secara terang-terangan nama aktor yang dimaksudkan, namun difahamkan bahawa kemarahannya itu telah ditujukan kepada Iqram Dinzly yang juga gandingannya dalam drama rantaian Dewa Cintaku.

Setelah Iqram membuat kenyataan kelmarin, kali ini Fasha pula tampil membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Ikuti temu bual Fasha bersama Kosmo! semalam ketika dia dihubungi sewaktu menjalani penggambaran drama berkenaan di Pelabuhan Klang., Selangor.

Apakah yang membuat Fasha sangat marah sehingga meluahkannya menerusi Twitter?

FASHA: Apa yang saya nyatakan itu adalah berdasarkan situasi pada (hari) masa itu. Cuma ingin saya tegaskan yang saya tidak marah, tetapi sekadar meluahkan rasa tidak puas hati tentang perkara tersebut.


IKRAM DINZLY


Benarkah aktor yang dimaksudkan itu ialah Iqram Dinzly?

Sebenarnya saya tidak mahu menyatakan nama aktor berkenaan kerana bagi saya ia telah pun selesai apabila sehari selepas itu dia meminta maaf kepada semua orang serta menjelaskan punca dia datang lewat. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu ulas lagi tentang masalah ini.

Adakah pada masa ini anda masih menjalani penggambaran dengan aktor berkenaan?

Ya, kami masih lagi menjalani penggambaran bersama. Malah, tidak ada masalah langsung kerana kami sama-sama menjalankan kerja secara profesional dan saya sendiri pun telah memaafkannya.

Anda kesal terhadap masalah yang berlaku?

Mulanya memang sedikit kesal kerana saya sendiri tidak mahu menjadi pelakon yang mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun. Apa yang terjadi ini diharapkan dapat menjadi iktibar dan pengajaran kerana kita bekerja dalam satu pasukan. Kalau seorang membuat masalah, tentu ia akan memberi kesan terhadap kerja orang lain.

Dikenali sebagai pelakon yang cukup berdisiplin, apa nasihat anda kepada pelakon-pelakon baru?

Perkara yang paling utama untuk bergelar seorang pelakon adalah disiplin. Saya ini tidaklah pandai untuk menasihati orang, tetapi apa yang boleh saya katakan kalau mahu maju dalam bidang ini, disiplin adalah kunci kejayaan. Sepanjang tujuh tahun dalam industri lakonan, saya bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit disebabkan disiplin yang saya terapkan sejak dahulu serta sentiasa menepati waktu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.