TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Gambar2 Sekitar Muktamar PAS Hari Ini... Proses Pengundian Sudah Bermula.


Seramai 1077 perwakilan memulakan proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sesi 2011/2013 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memulakan proses membuang undi setelah mendengar taklimat daripada Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ianya kemudian diikuti barisan kepimpinan utama lain termasuk Syura, AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri yang keseluruhannya berjumlah 52 orang.

Turut mengundi adalah wakil ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat berjumlah 60 orang.

Paling ramai adalah dari kawasan yang berjumlah 963 pengundi.

Pemilihan kali ini tentunya tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Manakala untuk Naib pula menyaksikan enam nama yang bertanding merebut tiga tempat yang ditetapkan.

Mereka adalah Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, keputusan difahamkan hanya akan diketahui esok.

Saksikan gambar gambar menarik untuk dikongsi bersama ketika Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 57 yang diadakan diDewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM).
Suasana awal pagi sebelum berlangsung majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-57 :



pendaftaran para pemerhati dari seluruh negara :



Pemeriksaan kawad oleh Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Hj Abdul Hadi Awang :




Pemerhati dari luar negara turut hadir ke majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-57 :




Turut hadir pimpinan wanita Dap dan PKR :



Pimpinan Pas menyambut ketibaan Lim Kit Siang :


Ketibaan Tok Guru Nik Aziz :


Saf pimpinan Pas :





Ucapan S/U Agung Datuk Mustaffa Ali :


Ucapan Presiden Pas Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang :


Sebahagian perwakilan memenuhi dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) :


Para pemerhati yang berada diluar dewan :


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.