ANGGOTA polis mengusung mayat Ratna Sufizzahriyanti (gambar kecil)
di sebuah rumah sewa di Taman Mahkota, semalam.
di sebuah rumah sewa di Taman Mahkota, semalam.
ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan seorang lelaki jauh lebih berusia daripadanya, seorang jurutera wanita berusia 23 tahun ditikam hingga mati di Taman Mahkota, Jalan Stadium, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Ratna Sufizzahriyanti Omar, graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang komponen automotif di Gurun sejak lapan bulan lalu, dipercayai pergi ke rumah sewa suspek untuk memutuskan hubungan mereka.
Suspek kemudian membawa polis ke rumah sewanya dan ditahan untuk membantu siasatan. Polis menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pembunuhan itu.
Katanya, suspek datang ke balai polis bersama majikannya dengan membawa sebilah pisau untuk menyerah diri sebelum membawa polis ke lokasi kejadian. Suspek berasal dari Johor dan sudah berkeluarga direman seminggu untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat,” katanya di sini, semalam.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, keluarganya dihubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu, jam 3.30 pagi semalam.
“Kami terkejut kerana kerana memang menunggu kepulangannya kerana biasanya Ratna pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang selepas bekerja.
“Dia pergi kerja dengan kereta dan berulang dari Gurun ke Pendang setiap hari sejak Ogos lalu serta tidak pernah pulang lewat. Kami hanya pernah jumpa sekali dengan lelaki itu, tapi tidak menyangka kejadian itu menimpa mangsa,” katanya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Mukim Tobiar, Pendang dikatakan mengenali suspek sejak enam tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment