Gempar: Chegu Bard - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Akan Tinggalkan PKR?

Petang Isnin (2 Mei 2011) CMK telah meluangkan masa untuk bertemu dengan Chegubard (PKR) di sebuah restoran mamak dekat bandar Kuantan.

Banyak benda yang kami bualkan, termasuk senario di Sarawak, isu saman Utusan, kes liwat II termasuk juga berkisarkan hala tuju perjuangan politik masing-masing. CMK hargai kunjungan Chegubard ke Kuantan, ketika dia dalam perjalanan dari Kemaman untuk berceramah malam itu di Lanchang.

Turut hadir petang itu ialah Kamarul Hatta (PKR) dan Saudara Ito (Kg.Tengah). Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu.

Parti katanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yang sudah berlaku, sedangkan perkara itu sepatutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu.

Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu" andai jalan penyelesaian tiada.

Sambungan (Klik Sini)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.