Inilah Anggota Kastam Yang Dihadapkan Ke Mahkamah Dituduh Edar 7.1 Kg Dadah Jenis Kanabis



Anggota kastam, Ismail Mansor, 42, (tengah) dibawa keluar dari perkarangan
mahkamah sambil salah seorang anggota keluarganya cuba menghalang jurufoto
daripada merakamkan gambarnya dengan kain sejadah di Mahkamah Majistret

KANGAR: Dua anggota Kastam Diraja Malaysia Rabu dihadapkan ke mahkamah majistret di sini kerana dituduh mengedar 7,101.92 gram dadah jenis kanabis dekat sini bulan lepas.

Ismail Mansor, 42, dan Nazni Seman, 46, kedua-duanya daripada Cawangan Marin di sini, dituduh melakukan perbuatan itu di tempat letak lori kilang simen, Bukit Keteri, Chuping, 9.30 malam 27 April lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta menetapkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabri manakala Ismail diwakili peguam Anbalanathan Yathiraju tetapi Nazni tidak diwakili peguam.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 11 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes kerana perlu menunggu laporan kimia.

Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikatj amin.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.