10 Tahun Gagal Berikan Nafkah Batin Buat Isteri Akhirnya Anak Taib Mahmud Lafazkan Cerai Ke Atas Kakak Sheila Majid.. Tuntutan RM400 Juta Difaikan

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib - anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud - hari ini melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid.

Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Mohamad Abdullah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

NONE"Saya Mahmud Abu Bekir Taib menceraikan isterinya saya dengan talak satu," katanya dan kemudian menandatangani dokumen penceraian berkenaan.

Mahmud bernikah dengan Shahnaz yang juga adalah kakak kepada ratu jazz tanah air, Sheila Majid.

Pasangan itu telah tidak tinggal bersama sejak 11 tahun lalu.

Hakim membenarkan dan mengesahkan lafaz cerai itu setelah berpuas hati dengan hujah peguam kedua-dua pihak bahawa pernikahan mereka telah retak dan sukar diselamatkan.

"Saya mensabitkan (jatuh) talak satu oleh plaintif Mahmud Abu Bekir Taib ke atas isterinya Shahnaz Abdul Majid," kata Mohamad sambil menambah talak tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam prosiding pagi tadi, Mahmud Abu Bekir diwakili peguam Saadiah Din, manakala peguam Dr Mohd Rafie Shafie dan Akbardin Abdul Kader pula mewakili Shahnaz.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama yang kini berusia 17 tahun.

Berhubung hak penjagaan anak, mahkamah memutuskan anak lelaki pasangan itu - Raden Murya Abdul Taib Mahmud - diletakkan di bawah penjagaan ibunya, Shahnaz.

NONE"Datuk Seri Mahmud Abu Bekir boleh melawat anaknya pada masa yang sesuai," kata Mohamad.

Keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM400 juta terhadap ahli perniagaan itu bagi memboleh pihak defendan memfailkan pembelaan.

Ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Shahnaz mengucapkan syukur selepas mahkamah menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya.

Katanya, beliau juga bercadang untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran ke England selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.