Gambar2 Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke Muzium Padi








ALOR SETAR, 14 Mei – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengadakan lawatan ke Muzium Padi, Gunung Keriang.

Keberangkatan tiba Baginda di Muzium Padi, disambut oleh Tuanku Sultan Kedah, Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam lawatan tersebut Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Kedah serta Menteri Besar Kedah telah melawat ke keseluruhan muzium. Di antara tempat-tempat yang menarik minat baginda ialah pameran membuat kertas daripada jerami padi, membuat ukiran kayu dan Labu Sayong.

Selain itu, baginda juga sempat mencuba makanan tradisional seperti kuih karas dan kuih peneram yang disediakan oleh pembuat makanan tradisonal di tersebut.

Majlis lawatan ini diakhiri apabila Tuanku Sultan Kedah menandatangani buku pelawat muzium.

Dari muzium Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersama-sama Tuanku Sultan Kedah kemudiannya berangkat ke hotel Holiday Villa, Alor Setar.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.