Jom Serbu Stadium Darul Aman... Pelbagai Acara Menarik Diadakan... Peminat BolaSepak Boleh Dapat Harga Tiket Gila2, Perlawanan Kedah vs Terengganu

PEMINAT pasukan Hijau Kuning ditawarkan harga istimewa tiket perlawanan Liga Super menjelang perlawanan antara Kedah dan Terengganu Sabtu ini.

Exco Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, potongan istimewa ini adalah ‘hadiah’ daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia sempena sambutan tiga tahun Kedah Sejahtera bermula hari ini.

“Kita juga ingin meraikan sokongan peminat selama ini terhadap pasukan Kedah. Oleh itu sempena ulang tahun ketiga Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kedah, kita beri tawaran istimewa ini untuk sama-sama memeriahkan program dan mengajak peminat membanjiri stadium menyaksikan perlawanan itu,” katanya.

Menurutnya, harga tiket bagi tempat duduk astaka pada hari itu ialah RM10 manakala tempat duduk berbumbung/teres hanya RM5.

“Harga asal tiket ialah RM15, RM12 dan RM7. Hanya pada hari itu sahaja kita beri harga istimewa ini. Tawaran ini tidak ada had kepada jumlah tertentu, ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyaksikan perlawanan,” katanya.

Dr Hamdan berkata, pada Ahad (13 Mac) pula, diadakan majlis ramah mesra antara peminat dengan bekas pemain dan pemain Liga Super di lobi Stadium Darul Aman bermula 3 petang.

“Pada petang hari yang sama, kita adakan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah bawah 17 tahun dengan pasukan pilihan Thailand,” katanya.

Pihaknya berharap orang ramai turut serta dalam acara-acara kesukanan yang diatur sepanjang program untuk menyemarakkan lagi sambutan Kedah Sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.