Hangat!!! Remy Ishak Berpelukan Mesra Dengan Penyanyi Dari Johor Di Tasoh Lake Resort Retreat

Zahiril Adzim Rancang Bertunang Tahun ini

Teks dan foto Haswari Ali

PERLIS,10 MAC 2011:Tidak pernah terduga buat penyanyi popular Alyah apabila digandingkan dengan aktor lelaki pujaan Malaya, Remy Ishak untuk penggambaran klip video single terbarunya, Kisah Hati.

Lebih menggetarkan lagi hati penyanyi kelahiran Johor itu apabila pengarah klip video berkenaan, Ghaz Abu Bakar mahu mereka berpelukan mesra bak pasangan kekasih.

Meskipun hanya satu babak saja, namun bagi Alyah situasi yang cukup asing buatnya itu menjadikan dia tidak keruan sejak beberapa hari sebelum penggambaran itu dijalankan.

Ditemui secara eksklusif oleh portal murai.com.my di lokasi penggambaran di Tasoh Lake Resort Retreat, Alyah ternyata cukup berdebar apatah lagi tidak pernah digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki untuk klip video lagu-lagunya.

"Memang Alyah sangat berdebar sebab sebelum inipun Alyah tak pernah digandingkan dengan pelakon lelaki kecuali klip video lagu Ku Pinjam Satu Bintang bersama Riz.

"Lebih-lebih lagi, sebagaimana semua sedia maklum, Remy seorang pelakon yang hebat dan kerana itu jugalah yang membuatkan Alyah seram dan takut," katanya yang diajukan pertanyaan itu sehari sebelum penggambaran di buat.

Penggambaran Kisah Hati telah dijalankan di beberapa lokasi indah disekitar Beseri negeri Indera Kayangan. Alyah dan Remy buat pertama kalinya telah dipertemukan bersaksikan keheningan subuh di tepi Tasik Tasoh pagi tadi.

Kelibatnya cukup mempersona dengan gaun jingga rekaan Rizman Ruzaini dan solekan daripada jurusolek pilihannya, Bosco.

Debaran hati Alyah semakin bergetar kala Remy yang tiba-tiba muncul lalu memeluknya dan kemudian pergi menghilangkan diri dari bayangan mata.
Semuanya selari dengan kehendak lirik dan ritma lagu ciptaan 6ixth Sense.

Sementara itu Remy turut berkata, Kisah Hati adalah klip video pertama lakonannya atas tawaran Ghaz yang merupakan kenalan rapat buatnya.

"Memanglah saya sudah banyak berlakon drama dan filem, tapi terus terang inilah pertama kali saya diminta beraksi untuk penggambaran klip video.


"Bekerja dengan Alyah memang sangat profesional. Dia memahami tugas dan wataknya dengan cepat. Lagipun dia sudah faham dengan lirik dan isi lagu ini.

"Manakala saya, telah diberi peluang mendengar lagu ini buat pertama sekali seminggu yang lalu. Sebuah lagu balada yang syahdu dan sedap didengar,"katanya yang baru tampil dengan filem Cun bersama Maya Karin serta Ning Baizura.

Klip video Kisah Hati dijangka akan ditayangkan kepada penonton April ini yang turut menggunakan khidmat penata gaya disegani, Yana Hussain.


Yana dan Bosco telah sama-sama berganding tenaga bagi memperindahkan keseluruhan imej Alyah dan Remy untuk klip video ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.