KUALA TERENGGANU - Kempen Umno dan Barisan Nasional bermula lebih awal, walaupun penamaan calon belum berlangsung, Menteri Besar Pahang tidak segan silu menjaja biasiswa kepada pelajar di DUN Kerdau, walaupun tidak pernah diminta oleh pelajar terbabit
Ibu bapa pelajar dipanggil ke majlis tersebut, dan dalam ucapannya, Adnan berkempen memburukkan PAS dan meminta para pengundi memilih Umno-BN dalam pilihanraya DUN Kerdau, sedangkan majlis tersebut dianjurkan oleh Yayasan Pahang.
Itu adalah antara contoh bagaimana perjalanan pilihanraya DUN Kerdau berlangsung.
Hampir keseluruhan program dianjurkan samada melalui Kementerian, Jabatan atau agensi kerajaan, negeri atau pusat, bahkan logo Umno juga jarang-jarang kelihatan di kain-kain pemidang pemakluman program atau 'backdrop' dalam satu-satu majlis itu.
Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa semua projek-projek yang diumumkan semasa kempen pilihanraya telah dirancang lebih awal, namun kanak-kanak pun mengerti, ia hanya dusta,
Bagaimana mungkin ia dirancang lebih awal apabila pada 25 Februari, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Said mengumumkan peruntukan RM2.2 juta untuk membaiki Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Paya Taram.
Sedang beliau dilihat ke hulu dan ke hilir bersama rombongan ICU Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri melawat ke sana ke mari pada 24 Februari, 2011.
Adakah program mengumumkan insentif tanaman semula Kelapa Sawit oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac adlah projek yang dirancang lebih awal ??
Hamzah berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.
Sehari selepas pengumuman itu, 250 peneroka di Raub menuntut bayaran tersebut, yang ditolak oleh Ketua Pengarah MPOB pada 29 September tahun lalu dan surat jawapan Pemangku Ketua Wilayah Timur pada 30 Disember tahun lalu.
Sesungguhnya, Umno-BN telah 'memancing undi' rakyat DUN Kerdau dengan pelbagai pengumuman, pemberian dan 'janji-janji' yang membeli harapan para pengundi!
Akhirnya, itulah keputusan yang diketahui umum apabila setiap peti undi dibuka pada lewat petang 6 Mac, 2011
Jelas sekali, Umno-BN tidak boleh mendabik dada, kononnya dengan kerja kuat mereka, rakyat telah memberi kepercayaan.
Umno-BN tidak bekerja, tetapi jentera kerajaan dan Umno-BN tidak mengeluarkan wang perbelanjaan kempen, melainkan ia ditanggung oleh Kementerian atau Jabatan serta agensi yang diarahkan menlaksanakan program atau majlis berkenaan.
Dibawah disenarai majlis atau program kerajaan yang telah disalahgunakan 1. Jabatan Perdana Menteri ; Menteri; Najib Razak. Muhyiddin Yassin, Ahmad Maslan
a Felda Program; Ramah Mesra Perdana Menteri bersama penduduk Jengka 25 pada 27 Feb 2011. Bayaran CESS; Pilihan pertama ialah peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan sementara pilihan kedua CESS ialah mereka dapat separuh, RM6,500 dan BK mereka adalah RM500 sebulan, pecah tanah dewan semai bakti Felda Jengka 22 dan Jengka 25, merasmikan gelanggang futsal terbuka di kedua-dua Felda berkenaan.
b Unit Perancang Ekonomi - RM 22 juta Perumahan Paya Taram yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu, Pembinaan Dewan Orang Ramai pekan Kerdau RM400,000, Pembinaan Kuil Hindu RM100,000, Pembinaan Balai Bomba Sukarela RM150,000, Membina jalan dan lain-lain
c. Pejabat Tanah Temerloh - Kelulusan segera tanah Lipat Kajang yang ditangguh sejak 2006
d. MPOB - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar. 2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah; Menteri; Shafie Afdhal
Jabatan Kemajuan Orang Asli; Ramah Mesra Orang Asi Paya Sendayan, 20 Rumah PPRT untuk orang asli Paya Sendayan, Pembinaan semula dewan yang terbakar sejak 04 tahun lalu di Paya Sendayan
3 Kementerian Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat; Menteri; Shahrizat Jalil
Jabatan Kebajikan; Program bantuan 1AZAM, 'Moh Gegarkan Kebajikan' program di Pusat Kanak-kanak Kerdau pada 1 Mac 2011 4.Kementerian Pelajaran; Menteri; Muhyiddin Yassin, Timbalan; Fuad Zarkashi
a. Yayasan Pahang; 23 Mac, 2011 Adnan Yaakob MB Pahang di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang dan 25 Mac di Felda Jengka 23 beri biasiswa/ Derma siswa kepada murid di DUN Kerdau, walaupun tidak diminta biasiswa Sekolah Rendah RM300.00 manakala biasiswa pelajar sekolah menengah RM600.00.
b Pejabat Pelajaran Temerlohl Perjumpaan Menteri dengan Guru dan PIBG pada 1 Mac 2011 di SMK Kerdau, luluskan tambahan kelas untuk sekolah tersebut, juga berkata kerajaan boleh memindahkan sekolah tersebut ke tempat yang lebih sesuai. Perjumpaan Timbalan Menteri dengan Guru
c. PTPTN; Pemberian RM50,000 kepada pelajar
d. Jabatan Pelajaran - Janji Muhyiddin pada 3 Mac, 2011, Membaik pulis sekolah Tamil Kerdau
5. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Menteri; Hishamuddin Hussain
Jabatan Polis; Penempatan polis yang terlalu ramai, Penempatan Unit Khas politik (Politic SB), Unit cantas 6. Kementerian Penerangan, Menteri; Rais Yatim
Pelancaran Kampun Wi-Fi, Merakyatkan seni budaya. Persatuan silat
7 Kementerian Pertahanan Menteri; Zahid Hamidi
Jabatan Hal Ehwal Veteran; Perrtemuan dengan bekas tentera, Penempatan dan penggunaan MIO-
8.Kementerian Kesihatan Menteri; Liow Tiong Lai
Jabatan Kesihatan Karnival Kesihatan di SJKC Kerdau pada 28 Feb, 2011 Lawati Kesihatan Menteri Kesihatan ke Kampung
9. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna; Menteri; Ismail Sabri Yaakub Jabatan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tansformasi kedai runcit koperasi Felda pada 28 Feb, 2011 di Rumpun Makmur. Penyerahan peralatan ICT Dewan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Integrasi Temerloh
10 Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Menteri; Lajim Ukim 11. Kementerian Kerja Raya Muyiddin Yassin umumkan peruntukan bina masjid Kampung Badok RM5000 pada 4 Mac, 2011
kumpul dan simpan segala bukti, itu yg kita boleh buat sekarang...yg penting jgn putus asa..satu masa pasti akan datang dimana segala kebobrokan ini akan berakhir..teruskan mendidik khalayak yg 'tidak nampak'dan tidak percaya dengan kita..mantapkan kepercayaan orang yg bersama kita..jgn bercakaran sesama sendiri, masalah dalaman selesaikan di dalam, jgn di jaja..dan AWASI musang berbulu ayam mahu pun musang berjanggut!!
kumpul dan simpan segala bukti, itu yg kita boleh buat sekarang...yg penting jgn putus asa..satu masa pasti akan datang dimana segala kebobrokan ini akan berakhir..teruskan mendidik khalayak yg 'tidak nampak'dan tidak percaya dengan kita..mantapkan kepercayaan orang yg bersama kita..jgn bercakaran sesama sendiri, masalah dalaman selesaikan di dalam, jgn di jaja..dan AWASI musang berbulu ayam mahu pun musang berjanggut!!
ReplyDelete