PAS mendakwa, antara sebab kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah masalah akses kepada masyarakat Orang Asli. Ia menjadi penyebab merosotnya sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli tersebut. Di kawasan majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya. Pengundi Melayu mewakili sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduk di situ. Oleh sebab itu, kehilangan undi sebanyak 8 peratus memberi makna yang besar kepada PAS, menurut penasihat jenteranya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. PAS hanya dapat mengekalkan pengaruhnya di Sungai Terah, itupun dengan majoriti yang rendah. Di kawasan pengundi Cina, sokongan masyarakat berkenaan juga nampaknya berkurangan berbanding 52 peratus pada Mac 2008. Faktor kemenangan BN, diakui sendiri oleh pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah, antaranya adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminyaUmno Online. Kemenangan itu akan meningkatkan moral jentera BN dalam memenangi semula negeri Kelantan. Dalam menghadapi gelombang ini, PAS perlu bersiap sedia. Barisan pemimpinnya, khususnya di Kelantan perlu dipersiapkan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. PAS perlu meneliti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengundi luar dan pengundi muda ini. Apakah isu-isu melibatkan pemimpinnya sendiri yang menjejaskan sokongan golongan ini? |
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment