Toyota Vios Di Thailand antara RM50 ribu - RM70 ribu Tapi Di Malaysia Harganya Melambung Tinggi.. Kenapa?

imagesOleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah.

"Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas.

"Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau.

Chong, yang tidak yakin dengan jawapan itu, berkata kereta-kereta import yang dijual di negara-negara jiran seperti Thailand dan China adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

"Sebagai contoh, kita banding kereta Toyota Vios dijual di Malaysia di antara RM70,000 hingga RM90,000.

Di Thailand, kereta itu dijual dengan harga di antara RM50,000 hingga RM70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di antara RM45,000 hingga RM60,000.
Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga kira-kira RM90,000 tapi di China dijual dengan harga RM50,000," katanya.

Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan.

Di China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual dengan hanya RM19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual dengan harga RM38,000," katanya.

Dasar perlindungan

Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan" untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua.

Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat.
Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua."

"Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau.
Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain.

Faktor-faktor ini termasuk harga komponen, import separuh atau sepenuhnya, kadar pertukaran mata wang, kos pengangkutan, insuran dan kos pinjaman bank," katanya.

Bagaimanapun, liberalisasi industri automatif, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini, sedang dalam peringkat pelaksanaan.

Beberapa siri perjanjian perdagangan termasuk mengurang dan membasmi duti import akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Perjanjian-perjanjian ini kata Sagam, melibatkan perkongsian dengan Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand.

1 comments:

  1. 1. Vios - kecuali enjin hampir 100% body dibuat di TOYOTA AUTO BODY MALAYSIA di Seksyen 23 yang ditubuhkan pada 2006. Tanya pekerja pertama TABM nih dulu...

    2. Kepentingan kroni - proton dan perodua? Dah check kenapa NAZA yang tukar emblem dapat protection - local manufactured vehicle? BULL! Vios lebih local dari keluaran NAZA. Ada tapi kecil; bukan PROTON dan PERODUA.

    3. Tanya KENAPA Naza dapat AP yang banyak untuk mengimport kenderaan keluaran TOYOTA yang TOYOTA sendiri tidak dapat AP untuk import seperti ESTIMA atau ALPHARD - AP untuk syarikat yang mendapat hak franchise? UMWT (UMW TOYOTA) tu dapat hak untuk sapa? Citreon?

    4. Walau dengan harga sekarang VIOS terpaksa run producion 200% capacity. Ingat kalau VIOS BOLEH dijual pada harga RM70,000 kebawah TOYOTA GROUP taknak? TABM baru run 50% belum 24 hours production lagi.

    Finally - SEMUA JAWAPAN BULL!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.