Siapa Yang Memindah Pengundi Di Perak? PRU ke 13 BN Akan Menang Besar Di Perak.. Benarkah??

Perang mulut tercetus lagi antara Pakatan Rakyat dan BN Perak berhubung tuduhan berlakunya perpindahan sulit nama pengundi dari kawasan pilihan raya mereka - ketika spekulasi semakin kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada Mac tahun depan.

NONEPengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan ketua Pakatan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menuduh BN menjadi "tangan ghaib" di sebalik pemindahan pengundi dari kawasan pilihan raya Nizar di Pasir Panjang ke kawasan pilihan raya Ngeh di Sitiawan.

Ngeh berkata pemindahan pengundi itu bertujuan untuk menafikan Nizar peluang untuk menang kerusinya dan sekali lagi menjadi menteri besar Pakatan di Perak dalam pilihan raya umum akan datang, di mana Pakatan yakin akan menang.

Pada 2008, Nizar memenangi kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi, manakala Ngeh memenangi kerusi Sitiawan dengan majoriti 8,529 undi.

NONENgeh (kiri) berkata BN menyedari bahawa ia tidak dapat mengalahkannya di kerusi yang menjadi kubu kuat DAP itu, maka ia bertumpu di kerusi Pakatan yang lemah di Pasir Panjang dengan memindahkan mereka yang mengundi Pakatan ke Sitiawan.

Dia memberi amaran kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan BN supaya mengalihkan perhatian rakyat daripada pembabitan mereka dalam pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan pilihan raya yang lain.

"Kami juga membangkitkan isu BN di sebalik tindakan memindahkan penyokong PAS dan Pakatan dari kerusi Pengkalan Baharu, yang dimenangi BN dengan 14 undi," kata Ngeh.

Katanya, beliau faham bagaimana Zambry boleh membuat kenyataan media pada 16 Oktober, menuduhnya dan Nizar memindahkan pengundi dari Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu Gajah ke kerusi negeri Sungai Rapat supaya exco negeri BN Hamidah Osman kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.