Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditangguhkan sehingga esok kerana peguam bela utama Karpal Singh tidak sihat.
Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya itu disyaki mengidap deman denggi.
"Ujian darah dibuat pada hari Jumaat dan keputusannya dijangka diperolehi hari ini," katanya,
Peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden pula berkata pihak pendakwaan tiada bantahan untuk penangguhan itu.
"Kami maklum beliau tidak sihat sejak semalam," katanya.
Sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk menyoal balas.
Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Sankara Nair memberitahu pemberitahu walau apa pun yang terjadi, hakim telah memutuskan perbicaraan dan sesi menyoal balas akan bersambung esok.
Katanya, pembelaan masih belum menerima salinan dokumen laporan perubatan awal oleh tiga doktor terhadap Mohd Saiful Bukhari.
Menurut Sankara, dengan salinan yang tidak bertandatangan di tangan mereka, laporan itu menjadi tidak relevan kepada pasukan pembelaan.
"Kami masih perlu mendapatkan salinan laporan itu dan kami akan bincangkan tindakan selanjutnya," katanya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
October
(140)
-
▼
Oct 26
(9)
- Gambar2 Menarik Di Hari Penamaan Calon Di DUN Gala...
- Video2 : Sekitar Hari Penamaan Calon Di DUN Galas
- YB Datuk Syed Sobri, Adun Kuala Nerang Buat Lapora...
- Menteri Penerangan Setuju RTM Bagi Laluan 15 Minit...
- Hanya 2 Calon Bertanding Di Galas - Proses Bantaha...
- Perbicaraan Liwat II DS Anwar Ditangguh Esok - Peg...
- Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan ...
- Sentiasa Dikemaskini: Lintas Langsung Hari Penamaa...
- Apakah PM Najib Sedar Calon BN Hanya Kelulusan SPM...
-
▼
Oct 26
(9)
-
▼
October
(140)
0 comments:
Post a Comment