KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.
Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di sini.
"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini sini hari ini.
Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".
- BERNAMA
Pok Nik jgn terlampau angkuh. Mungkin Pok Nik hebat dalam Agama? Dan cuba nak bandingkan dlm soal yg buat mimbar atau mesjid, TAPI kapak nak tanya yg bina mimbar tu memberi syarahan kat umat Islam? Dan samasa Nabi ajak bukan Islam masa Nabi berdakwah atau demi politik Islam ketika itu, adakah Nabi yg mendengar atau Nabi yg beri command? Tlg jawap, k. Jgn sempitkan dan menutupi apa yg jelas lagi terang dan bersuluh. Hentikan melacurkan Agama demi kepentingan Politik.
ReplyDelete