Serkap Ikan Yang Unik... Jom Pi Tempah Kat Pak Long Ali



MOHD. Ali Awang menunjukkan serkap ikan yang dijual di Pasar Minggu Pekan Kodiang, Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 18 Julai - Orang ramai yang berkunjung ke Pasar Minggu Pekan Kodiang di sini pasti dapat melihat kelibat seorang lelaki warga emas menjual serkap ikan.

Mohd. Ali Awang, 68, menghasilkan sendiri serkap ikan yang begitu halus buatannya.

Anak jati Kampung Bangsal Lebai, Kota Kayang, Perlis itu mempelajari seni pembuatan serkap ikan daripada arwah bapanya, Awang Md. Amin sejak kecil lagi.

"Bukan senang untuk membuat serkap ikan. Namun, saya tabah melakukannya demi menambah pendapatan," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan baru-baru ini.

Serkap ikan berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya itu dijual dengan harga RM50 seunit.

Menurut Mohd. Ali, berbanding semasa zaman bapanya masih hidup, harga serkap ikan hanya RM2.50 seunit.

"Mungkin orang beranggapan harganya mahal tapi jika dibanding dengan penat-lelah untuk membuatnya, nilainya adalah kecil.

Jelasnya, dia menggunakan buluh dan rotan yang perlu diraut sehingga permukaannya menjadi betul-betul licin.

Dia menambah, setiap satu serkap mengambil masa dua hari untuk disiapkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.