Kemudahan INPENS Jauh Lebih Baik IKYS ... Kenapa Ketua Pembangkang Perlu Berdemo???

SHAH ALAM, 19 Julai — Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan disebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.

Khalid (gambar) berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.

“Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana kemudahan di INPENS jauh lebih baik daripada di IKYS.

“Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana INPENS mempunyai hubungan dengan para pengusaha industri yang membenarkan latihan amali diadakan di syarikat mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan lebih 200 pelajar IKYS yang disertai ibu bapa mereka, berhimpun di depan pintu utama institut itu sebagai membantah keputusan Yayasan Selangor menutup institut itu. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.