PM Najib: Subsidi Bukan Untuk Kumpulan Sasaran,Lebih Kepada Warga Asing.... Bayar Untuk Apco Takpa....

Sumber HARAKAHDAILY

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.

Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Persoalannya, walaupun dikatakan kenaikan ini adalah demi mengelakkan pengaliran subsidi kepada sasaran yang salah, tetapi akhirnya beban akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah.

Kerajaan perlu menjelaskan secara tepat bagaimana penjimatan dari subsidi ini akan dibelanjakan untuk faedah golongan berpendapatan rendah. Masih kita ingat ketika kenaikan harga petrol dan diesel secara besar-besaran beberapa tahun dahulu, dijanjikan wang penjimatan akan digunakan untuk memajukan perngangkutan awam tapi janji tinggal janji.

Kini dijanjikan pula penjimatan subsidi akan diagihkan kepada bidang pelajaran dan kesihatan. Umum sedia maklum kos pendidikan di Malaysia dan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan adalah di antara dilema bagi rakyat berpendapatan rendah.

Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

Kalau benar bagai dikata, jelas rakyat bawahan telah terpaksa memikul beban ekoran ketidak mampuan pihak keselamatan menguatkuasakan undang-undang dan menjaga kedaulatan sempadan negara. Apa jaminan selepas kenaikan ini penyeludupan tidak akan berlaku lagi? Kalau penyeludupan masih berlaku, apakah harga akan dinaikkan lagi?

Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

Benarkah harga bahan bakar di Malaysia terlalu murah sehingga dibazirkan sewenangnya oleh rakyat? Selalu kita dengar kempen jimatkan elektrik dan air tapi tidak pernah kita dengar ada kempen jimatkan penggunaan petrol dan gas.

Petrol dan diesel yang diisi ke dalam kenderaan adalah berdasarkan keperluan dan perjalanan juga berdasarkan keperluan. Amat jarang dan hampir tidak pernah terdengar rakyat yang secara suka-suka membazirkan petrol dan gas.

Hujah yang mendakwa gejala berat badan berlebihan dan diabetes mempunyai kaitan dengan harga gula perlu diperkemaskan dengan kajian saintifik dan disokong dengan fakta ilmiah. Saya berpendapat fakta ini terlalu umum dan sangat lemah untuk dipertahankan.

1 comments:

  1. Bulan puasa dah dekat, padi dok tengah bunting kecik dah, tapi sedih, banyak padi dalam petak kena penyakit bom, bena perang dan macam-macam lagi. dah la tu, najib pula senyap-senyap penaik harga barang utama, tak bagi tau kat parlimen pula tu, buat kenyataan dikuala kedah, orang umno kuala kedah tenganga sampai lalat hijau masuk mulut pun tak sedaq. Kiri kanan jalan yan ke kuala kedah, banyak padi kena bom depa tak kisah asal boleh cium tangan najib cukup lah. kesian kat orang kampong, raya tahun ni tak berapa seronok, hasil padi tak berapa, boleh makan sikit-sikit ja, sebab nak bayaq mesin, racun dan lain-lain lagi. tapi tak pa orang-orang umno nooo, najib perdana menteri yang tak reti cari duit, biaq lah rakyat tanggong. kesian adek beradek jamil khir pak ngah baharom yang buat bendang.
    La ni musim ujan, orang motong getah tak boleh noreh. harga getah tinggi pun tak boleh buat apa, susu getah tak meleleh, minyak motor naik harga pulak, gula naik pula, gas pun naik pula, jawabnya kalau boleh motong pun kena bawa gerek pula lah, nak bagi maneh gula pula kena katok batang tebu pula ambek air dia ganti gula, kayu api ranting getah kena rimpun bawah rumah banyak-banyak sikit ganti gas. Tu pun jangan, mai pilihanraya orang motong getah kata umno baguih, la ni hampa rasalah, sapa pekena sapa.
    La ni hujan boleh kata tiap-tiap hari, buah kelapa sawit felda lubuk merbau dah mula boleh cantaih dah, upah orang petani buat kerja. banyak manyang kelapa sawit rimpun tepi lorong bagi mudah lori mai pungut. Bila dah hujan tiap-tiap hari jalan jadi lecah, lincin pula tu, manyang yang dok tepi lorong tu terbiaq 3 ke 4 hari sampai rosak, hantar pi kilang depa rejeck pula, nak boleh duit macamana. begitulah seksanya nasib peneroka felda. la ni harga barang naik pula, jawabnya tahun ini tak boleh simpan lah, mana nak potong utang kat felda pula, jawabnya tahun ni kena buat dapor kayu luar rumah lah ceritanya.
    La ni musim hujan dengan ribut sekali. bila ribut nak tahan pukat macamana, dok tengah pasang pukat tengah laut, ribut mai, jawabnya kena pederais bot dok tepi pulau lah ceritanya. harag barang naik, ikan tak dapat tangkap, boat kena boh minyak, bekai gula kena bawa buat kopi o, tapi harga gula niak lagi, apa kejadah ni dok penaik saja. cari makan dengan laut ni cukup banyak halangannya, kalau macamnilah gayanya, tak meterkedarahlah anak-anak dirumah. kalau macamni lah gayanya, kena ajak menteri-menteri umno, wakil-wakil rakyat umno yang cakap pandai tu pi turun kebendang, motong getah, cantai manyang kelapa sawit dan pi kelaut. baru depa tau susah payah. ikut contoh mat sabu tu, ikut contoh ust azizan tu, jangan ikut kur rahman, sebab masa dia sekolah dok ataih pelantar gerek, abang dia kua ishak yang kayuh.
    kepada vvip yang terlibat, bila baca cerita ni, tolong lah muhasabah diri masing-masing, jangan tau dok nak pekena rakyat bawahan saja. amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.