Rummikub, sebuah permainan gabungan dari permainan remi, chess, mahjong dan domino yang asal dari Israel dan cukup terkenal di negara-negara barat, telah menjadi mangsa terbaru dari tren untuk memboikot barangan dan produk Israel di seluruh dunia.
Setelah pasukan komando Tentera Laut Israel melakukan serangan brutal terhadap armada kebebasan, sebuah rangkaian kedai mainan di Sepanyol memutuskan untuk menghapuskan produk maian Israel tersebut dari rak produk mereka dan menggantikannya dengan barang-barang imitasi asal China, ungkap sebuah laporan surat khabar Sepanyol al-Pais.
"Kami membawa dan menjual permainan itu hingga sekarang kerana sangat menarik dari perspektif pedagogis," kata Quim Sicilia, salah seorang pengurus senior dari rangkaian kedai Abacus, kepada akhbar Sepanyol.
"Namun kami harus melihat apa yang sedang berlaku, dan kami harus peka terhadap situasi sosial."
Permainan ini dipasarkan oleh syarikat Israel yang bernama Kodkod, dicipta oleh Efraim Hertzano, dan telah mndapat banyak penggemar di seluruh dunia. Dan pada tahun lalu, Kejohanan Dunia Rummikub digelar di Sepanyol.
Menurut Sicilia, keputusan untuk menghapuskan permainan asal Israel itu dibuat secara independen oleh pengurusan rangkaian kedai, dan bukan sebagai akibat dari tekanan dari kumpulan-kumpulan pro-Palestin.
Namun, selepas penerbitan buku di surat khabar al-Pais, rangkaian kedai Abacus mengeluarkan klarifikasi mengatakan bahawa laporan yang dilaporkan di surat khabar itu keluar dari konteks dan menyatakan bahawa tidak ada boikot produk Israel.
Seorang pegawai senior Abacus menjelaskan kepada harian Yedioth Ahronoth bahawa produk Israel akan terus muncul dalam katalog syarikat mereka, dan dijual terutama untuk sekolah-sekolah. (Fq / Ynet)
0 comments:
Post a Comment