Cut Tary, Luna Maya Jadi Suspek Kes Video Lucah... Lambat Sangat La...

Sehari selepas memohon maaf kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan masyarakat Indonesia atas penyebaran laporan berita mengenai video pornografi yang membabitkan mereka, artis Cut Tary dan Luna Maya hari ini dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.

Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan.

“Setelah melakukan penyelidikan saksi ahli (pakar), maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tary dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang di sini hari ini.

Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.

Ariel, Cut Tary dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.

Dalam permohonan maafnya semalam, Cut Tary dengan linangan air mata sekaligus mengaku “berselingkuh” (mengadakan hubungan seks) dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.