“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.
“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.
Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.
Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.
“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.
“Saya sendiri hairan bagaimana beliau (Muhammad Sabtu) boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.
Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.
Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.
Menurut Setiausaha JIM, Nahar Md Noor, tindakan yang dilakukan Israel begitu serius dan harus ditentang oleh semua rakyat di negara ini.
“Tindakan Israel menyerang konvoi yang membawa misi kemanusian ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Justeru rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak perlu membantah kerakusan yang dilakukan Israel.
“Kekejaman yang dilakukan Israel ini menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menerima penderitaan,” katanya.
Wakil ABIM, Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan segera harus diambil ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
“Kita perlu menyatakan sikap dan membantah kekejaman yang dilakukan Israel ini, disebabkan mereka ramai yang menderita.
“Selain itu, rakyat di negara ini perlu memboikot produk-produk daripada Israel.
“Setiap barangan Israel yang ada perlu dibuang dan digantikan dengan barangan tempatan kerana sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan ini merupakan langkah pertama kita,” katanya.
Wakil MAPIM, Azmi Mohd Hamid pula berkata, tindakan yang diambil oleh setiap rakyat kali ini perlu konsisten dengan menetapkan pendirian membantah kekejaman yang dilakukan Israel.
“Kali ini kita semua perlu menetapkan pendirian kita dengan membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.
“Kita perlu perlu menuntut supaya Israel mengaku bahawa mereka telah melakukan satu jenayah yang serius.
“Malah kita juga perlu menuntut supaya seluruh dunia memutuskan sebarang hubungan dengan Israel,” katanya.
Program tersebut turut diselangi dengan laungan takbir “Allahuakhbar”, “Hidup-hidup” “Hidup Islam” dan “Bangkit-bangkit” “Bangkit Islam”.
Program tersebut turut dihadiri oleh seorang rakyat Palestin, Sheikh Ahmad Husin Mohamad yang mengatakan bahawa rakyat di Malaysia telah memberikan sumbangan dan sokongan yang banyak kepada Palestin.
“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui demontrasi dan ceramah lebih bernilai daripada wang ringgit yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Melalui sokongan dan sumbangan yang diberikan ini menyebabkan rakyat Palestin menganggap bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada kami di Palestin,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata tindakan kejam yang dilakukan Israel itu telah menyebabkan rakyat seluruh dunia bersatu padu membantah tindakan mereka.
“Hari ini kita lihat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mengecam tindakan kejam yang dilakukan Israel tempoh hari.
“Jadi hari ini saya menyeru supaya seluruh rakyat supaya bersatu padu menentang kekejaman yang dilakukan mereka dan pada masa sama meneruskan perjuangan ini,” katanya.
dilihat pakatan rakyat hantar memo kat kedutaan amerika melebihi sepuloh ribu orang hingga ada yang dihalang polis fru dan anuar ibrahim pun kena tolak dengan polis, umno buat demo 200 orang saja, mana pi geng mca dan geng mic tak rasa marah ke kat yahudi laknattullah tu. yang pelik, najib kita tau lah ada kat laos, muhyiddin pi mana tak ikut sama ka. nampak sangat................!
ReplyDelete