"Samy, Sudah Sampai Masanya Untuk Pergi" : Dr M

"Samy, sudah sampai masanya untuk pergi," kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menambah "dalam kepimpinan saya, hampir setiap orang telah bersara, termasuk diri saya".

"(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu) seorang sahaja," katanya kepada pemberita selepas menonton teater "Mulan & Mushu" karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh OwYeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur malam semalam.

Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain.

Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama.

"Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia," katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S Murugessan semalam.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.