SHAH ALAM, 23 Jun — Setiausaha politik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Faekah Husin akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor mulai bulan depan.
Perubahan tersebut sah dengan penganjuran majlis perpisahan di sini malam tadi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi atas pelantikan beliau sebagai ketua komunikasi,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis perpisahan bagi pembantunya itu di Hotel Concorde di sini.
Adun Seri Setia itu akan meninggalkan pejabat Menteri Besar untuk memegang jawatan baru sebagai ketua komunikasi di ibu pejabat PKR.
Difahamkan ketua komunikasi semasa Jonson Chong akan kembali ke pejabat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia antara perubahan yang sudah pasti selepas PKR mengadakan kongres keenamnya bulan lalu.
Dengan perkembangan ini, jawatan ketua penerangan juga dijangka mengalami perubahan.
Ketika ditanya sebab-sebab pertukarannya, Nik Nazmi memberitahu, pengumuman rasmi hanya akan dibuat ketika sesi pemukiman PKR hujung minggu ini.
Faekah, 45, lulusan undang-undang Universiti Malaya selain memegang jawatan setiausaha politik Wan Azizah sejak 2003, juga merupakan anggota jawatankuasa sayap Wanita PKR antara 2001 dan 2004.
Pada 2005, Faekah dilantik sebagai setiausaha PKR Selangor di bawah Khalid.
Faekah berkata beliau akan terus kekal sebagai setiausaha politik Wan Azizah sehingga pengganti baru diambil.
Khalid berkata, pejabatnya akan menambah staf baru untuk mengendalikan skim kredit mikro dan juga projek pemulihan Sungai Klang.
“Kami akan, dari semasa ke semasa, mengumumkan pasukan baru yang akan terus menyokong usaha mempertingkatkan bahagian korporat pejabat Menter Besar,” katanya.
Khalid menambah Dr Badrul Amin yang beliau sifatkan sebagai “seorang sarjana” telah dikenal pasti untuk membantu pasukan komunikasi Selangor bagi mendampingi pengundi-pengundi kawasan pedalaman.
“Sementara kita menganggap Selangor sebagai negeri maju ada kawasan yang kita perlu ada mereka yang berkeupayaan seperti Dr Badrul untuk mendampingi orang Melayu,” katanya lagi.
PKR akan mengadakan pemukiman hujung minggu, sekali gus membawa perubahan jawatan-jawatan lantikan.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
June
(251)
-
▼
Jun 23
(11)
- Adakah PM Najib Akan Penuhi Impian Cuepacs Mahukan...
- Patutpun Negara Boleh Bangkrap - Najib: K'jaan be...
- Judi bola: GMJ serah memorandum kepada PM Najib
- TG Haji Hadi: Saya memang belajar di universiti Wa...
- Isu Felda: Laporan polis dibuat terhadap Perdana M...
- Terorisme: Bekas MB mahu saman pegawai JAKIM
- Gerhana bulan separa Sabtu ini
- Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?
- Nik Nazmi SU MB Selangor tinggalkan pejabat MB Sel...
- Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?
- Pekerja SYABAS diminta menjadi ahli parti komponen BN
-
▼
Jun 23
(11)
-
▼
June
(251)
0 comments:
Post a Comment