Exco: Penduduk di Lorong Kampung Pisang Akan Ditempat Di Kawasan Selesa Pada Masa Akan Datang

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri sedang memikirkan untuk memberi penempatan yang sesuai bagi memastikan semua 37 keluarga di Lorong Kampung Pisang, di sini dapat hidup dalam keadaan selesa.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dr. Ismail Salleh, memandangkan penempatan mereka kini adalah di tanah rezab, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian mencari penempatan lain untuk semua keluarga yang terlibat.

“Kita akan memikirkan penempatan yang sesuai pada masa akan datang memandangkan kehidupan semua keluarga di situ berada dalam keadaan yang begitu daif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan dengan penduduk berkenaan di sini.

Tambahnya, dijangka pada tahun 2012, Flat Seri Gemilang akan dikosongkan kerana banyak pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang tinggal di situ akan keluar dan justeru itu, pihaknya akan berusaha untuk menempatkan semua keluarga berkenaan di flat yang kosong itu.

“Kita akan membantu sedaya upaya bagi meringankan beban dan menjamin keselesaan hidup kepada semua keluarga yang tinggal di sini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat serta Komunikasi berkata, beliau berharap semua keluarga yang terlibat dapat bersabar dan buat masa sekarang, pihaknya akan sentiasa turun padang melihat keperluan yang diperlukan penduduk di situ.

Dr. Ismail berharap penduduk dapat bersabar dan Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya dalam membantu semua penduduk dan buat masa ini, mana-mana rumah yang rosak dan sebagainya, beliau akan membantu melalui peruntukan Tabung Star Care daripada pusat khidmatnya.

Dalam perjumpaan yang diadakan itu, Dr. Ismail telah menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan kepada penduduk.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.