“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.
“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menjelang Kongres Kebangsaan PKR di Kota Bharu, esok.
Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.
Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).
Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.
Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.
Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah 'dibeli' dan menghurai lanjut.
Dato seri anuar ibrahim ni sabaq lama dah, puak-puak yang keluaq kata nista kat dia pun dia diam, tapi makin sari makan melampau, dia pun tak boleh sabaq dah, kita dengaq lah sapa yang terlibat. kesian kat katak kena pecat tu, tapi dia pun melampau, bila dia keluaq dia ugut macam-macam kat mb kedah kita ni, dia gempaq kata ada lagi barua-barua nak lompat parti, tapi rupanya yang jadi barua dia sendiri.habaq cepat dato seri anuar, kami nak tengok dan nak tau sama, haramjadah wakil rakyat katak mana yang metekedarah duit haram tu. dasar manusia tak kuat iman macam tu, baik lagi yb kulim tu, reti haram halai.
ReplyDelete