Ops Black Face
Saya memohon maaf atas kelewatan posting entry ini yg sepatutnya semalam dah disiarkan. Ini kerana kesibukan terlampau dan laptop pula buat hal.
Entry ini ialah mengenai serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.
Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.
Panduan:
HYDROQUINONE
- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.
Kesan sampingan hydroquinone
- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.
- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
TRETINOIN
- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)
kesan sampingan tretinoin
- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.
==============================================
Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.
Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.
Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.
Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.
Dan kali ini, dua produk dirampas:
1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis kilang di Bandar Pinggiran Subang, satu lagi produk kecantikan wanita dirampas.
Jenamanya De'Putih. Begitu kemelayuan bunyinya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.
Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.
Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.
Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini.
Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'.
De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.
Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.
- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.
- Terdapat ayat melucukan - ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna.' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?...
- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.
- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...
- Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua lagi produk ialah:
1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin
2 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin
Kesan jangkapanjang penggunaan produk mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memakainya.
Dan nasihat juga dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.
======================================================================
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh.gov.my
sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.
Sumber: Blog Sahabat
salam..
ReplyDeletesaya hendak bertanya adakah krim hydroquinone yg dijual difarmasi tidak didaftarkan oleh kkm.. contohnya krim : eldopaque forte 4% hydroquinone with sunblock..
cam mne pula dgn krim tretinion yg dijual farmasi n klinik ? adakah berbahaya jika menggunakannya coz sy risau krim tritinion yg diberi doc sblum ni ad kesan buruk kpd sy
ReplyDelete