TIGA penerbangan Firefly ke LTSAAS di Subang terjejas ekoran landasan
lapangan terbang itu berlubang akibat dipanah petir petang semalam.
KUALA LUMPUR – Tiga penerbangan Firefly ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang di sini terjejas kerana landasan lapangan terbang itu berlubang akibat dipanah petir semasa hujan lebat petang semalam.
Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, panahan petir itu mengakibatkan dua buah lubang berukuran setiap satu 0.37 meter persegi.
“Akibatnya, tiga penerbangan FireFly dari Terengganu ke Subang telah dilencongkan ke Pulau Pinang, sementara penerbangan dari Kota Bharu dan Pulau Pinang telah diarahkan berpatah balik ke tempat mereka berlepas,” katanya di sini.
Beliau berkata MAHB telah bertindak pantas menampal lubang-lubang itu menggunakan sejenis bahan premix bagi membolehkan landasan itu beroperasi semula pukul 6 petang. – Bernama
0 comments:
Post a Comment