Adakah Selama Ini Samy Bodoh??? Dah Nak Berundur Baru Nak Pandai Ka....

SAMY: "Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh"

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Samy Vellu yang telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil.

"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya kepada kira-kira 300 perwakilan pada konvensyen itu.

Pada sidang akhbar sebelum konvensyen itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

- Bernama

1 comments:

  1. HUHUHU,,,macam2 betul samy nyanyuk ni. dia ingat dia boleh berhenti dari mic cara org pandai? kalau macam tu, ramai sgtlah orang2 mic yang bodoh sebab dia pandai:)....

    ayat2 orang politik utk kembangkan poket.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.