YBK Failkan Saman Terhadap MB Selangor : Datuk Zainal Abidin Sakom


SHAH ALAM 23 April - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim dan seorang exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut sejumlah gantirugi kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu.

YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd. dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Abd. Khalid dan Yaakob Sapari membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi.

Saman ini merupakan tindakan mahkamah yang ketiga oleh YBK terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.