Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang
KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.
Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar), di Dewan Negara di sini hari ini.
Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.
Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih saying kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.
“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.
“Ibu, bapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan dah jadi masyarakat yang individualistik. Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang,” katanya.
Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.
“Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja,” katanya. — Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
April
(343)
-
▼
Apr 30
(9)
- Banyaknya Siti Nurhaliza Tidak Bayar Saman Menceca...
- Dah Jadi UmNO Mamat Nie Rupanyer...
- Tempoh 30 Hari Musa Hassan Mesti Letak Jawatan @ B...
- Ahmad Tajuddin Desak MCA Keluar BN
- Pengundi HS Tak Puas Hati Agihan Wang Dan Lain2 Se...
- YB Khalid Samad Seru Lebih Ramai Saksi Kes Aminulr...
- Siasat mengapa GMC Lingkup Di bawah Syed Azidi
- Keputusan memalukan: MCA siasat 'SABATOJ'
- Shahrizat cadang "KASI" Bapa Bayi Yang Dibuang
-
▼
Apr 30
(9)
-
▼
April
(343)
SETUJU SANGAT2, IBU DAN BAPA BAYI YANG KENA BUANG DUA2 PATUT DIKASI.. SAPA SURUH BERANAK KALAU TAK PANDAI JAGA ANAK, SUDAHLAH MEMBUNUH ANAK. KALAU TAK DAPAT DIHUKUM BUNUH / PENJARA SEUMUR HIDUP, BAIK DIKASI...
ReplyDelete