Perlukan Siasatan Menyeluruh... Remaja 15 Tahun Ditembak Polis : Takkan Sudah Jadi Penjenayah Kut...

Kes ini masih dalam siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia. Semoga pihak PDRM dapat menangani kes ini secara telus demi memastikan tiada salah-laku anggotanya hingga membabitkan kehilangan nyawa insan yang kita belum juga pasti sama ada dia penjenayah atau sebaliknya.

JUSTICE 4 AMINULRASYID AMZAH!!!

Aminulrasyid Amzah

REMAJA MAUT DITEMBAK POLIS
SHAH ALAM :
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam. Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini. Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.

Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri. Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan. Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu. Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. - BERITA HARIAN


KAKAK TAK PERCAYA ADIK JADI PENJENAYAH
KLANG : Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah. Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.


"Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah," katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Anggota keluarga dan rakan-rakan mengusung jenazah Aminulrasyid Amzah, 15, ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang tadi.


Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan. Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian
. -BERITA HARIAN



***********************************************************************
Laporan Utusan Malaysia... Berbeza la pulak...

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

>Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

>Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.

Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah parang panjang.

Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.

Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.

Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

1 comments:

  1. Takut. Risau. Anak2 kita dikala hilang dari pandangan, entah di mana, apa dibuatnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.