Kacau pentadbiran Majlis Agama, Pemuda kedah buat Laporan Polis terhadap Dato' Bashah
Laporan Polis akan dibuat pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar.
Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa hasut imam derhaka KDYMM Sultan Kedah.
Saya, Ahmad Bin Yahya, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, dengan ini membuat laporan polis kerana mendapati ada unsur hasutan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa untuk mempengaruhi para imam di negeri Kedah Darul Aman untuk mengingkari titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Laporan saya ini adalah berpandukan laporan akhbar Sinar Harian, dalam muka surat U5, bertarikh 06 April 2010.
Dalam laporan akhbar tersebut, Dato' Ahmad Bashah dengan jelas meminta para imam agar tidak mengisi borang M4 yang telah diedarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi tujuan mengemaskinikan data institusi imam di negeri ini.
Pengedaran borang M4 adalah mengikut arahan yang termaktub dalam Seksyen 63, Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah yang telah mendapat limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Kedah.
Oleh yang demikian, amat jelas bahawa, Dato' Ahmad Bashah dengan sengaja cuba menghasut para imam yang menerima borang M4 untuk mengingkari titah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana beliau mengarahkan agar para imam tidak mengisi borang tersebut.
Bagi saya, secara tidak langsung, Dato' Ahmad Bashah juga telah campur tangan dalam urusan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kedah yang dinaungi oleh KeBawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan.
Sekian sahaja laporan saya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
April
(343)
-
▼
Apr 10
(7)
- Mana Wakil Rakyat Baru nie.. Tolong Tengok Sat.. ...
- MP Parlimen Padang Terap Buat Laporan Polis Terhad...
- Pengerusi UMNO Kedah Kecewa Tak Dapat Guna dewan, ...
- Laporan Polis Terhadap Timb. Pengerusi UMNO Kedah ...
- Azmin: Pilih Calon Parti , Bukan memilih Calon Katak
- Teresa: Teluskah Suhakam? Kalau tak Telus Bukan La...
- Hj. Ahmad Yusof : Hadiah kemenangan kepada penyoko...
-
▼
Apr 10
(7)
-
▼
April
(343)
0 comments:
Post a Comment