Tidak dinafikan, penulisan dalam industri hiburan adalah yang paling bebas mengkritik, bergosip dan menghentam, berbanding penulisan di meja lain terutamanya politik, perniagaan dan sebagainya. Apatah lagi peminatnya yang tidak memperoleh keuntungan ekonomi ini, lebih bebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk diminati. Mereka memilih artis bukan kerana duit tetapi memang hanya kerana minat dengan artis tersebut.
Dalam masyarakat kita, jarang berlaku kejadian boo oleh peminat, lebih-lebih lagi terhadap artis yang sebelum ini disanjungi bagaikan raja arab!. Apa yang terjadi pada acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Arena of Stars, Genting Highland, minggu lalu yang melibatkan Mawi dan Fasha Sandha nyata mengejutkan ramai pihak.
Fenomena ini amat jelas mengaibkan kedua-dua selebriti ini, disudut lain ia juga boleh dipandang positif. Itupun sudah difikirkan berkali-kali. Berpegang pada kenyataan ini "setiap apa yang berlaku di dunia ini tiada satupun terjadi tanpa punca atau sebab musabab (dalam sedar ataupun tidak). Malah ia juga mempunyai hikmah yang mungkin tidak terlintas di benak fikiran kita".
Seperti pepatah yang sering kita dengar, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Begitu juga yang berlaku keatas Mawi dan Fasha yang di boo penonton. Ia pasti ada puncanya. Saya percaya penonton bukan saja-saja main boo mana-mana artis. Ia hanyalah artis-artis yang terpilih.
Bukanlah niat kita untuk menambahkan lagi keperitan yang dialami kedua-dua artis ini ataupun menyetujui tindakan peminat. Cuma kita ingin menasihati mereka (Mawi dan Fasha) agar muhasabahlah diri masing-masing, kenapa perkara itu boleh berlaku. Dimanakah silapnya sepanjang kita berada dipuncak kejayaan.
Percayalah, kejadian ini adalah satu hikmah besar yang seperti dinyatakan diatas, ia mungkin tidak terfikir di benak fikiran kita. Pejamkan mata, buangkan perasaan sedih dan fikirkan dengan cara rasional kenapa ia boleh berlaku. Kita percaya tiada siapa yang sanggup melalui keadaan ini. Hanya orang-orang terpilih sahaja yang diuji.
Kepada peminat pula, biarpun kita tidak menyukai mana-mana artis tetapi jangan sampai kita mengaibkan mereka dengan cara sedemikian rupa. Cuba bayangkan perasaan mereka, ahli keluargga dan sanak saudara mereka pada saat itu. Bagaimanakah caranya? Anda hanya perlu membayangkan anda menjadi Mawi dan Fasha!
0 comments:
Post a Comment