Dr. Chua: Tee Keat, Ka Ting tolak anggotai majlis presiden.. Mungkin tak mahu subahat dengan skandal lama..



Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan parti itu kepada penggantinya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Majlis ringkas penyerahan tugas itu berlangsung di Wisma MCA, Kuala lumpur.

Ia diadakan dalam suasana riang dengan kedua-dua pihak melahirkan rasa terhutang budi mereka kepada satu sama lain.

Chua juga berkata beliau telah menjemput Tee Keat dan juga bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang tewas pada pemilihan MCA, 28 Mac lalu untuk menganggotai majlis presiden MCA.

Namun menurut Chua, kedua-dua mereka menolak jemputan berkenaan.

Tee Keat yang ditemui wartawan selepas majlis itu berkata dia tidak tahu mengenai tawaran berkenaan dan berkata “adakah tawaran sedemikian?”

Dia kemudian menukar jawapannya dan berkata Chua hanya memberitahunya tawaran menganggotai majlis presiden MCA secara lisan ketika mereka memasuki ke bilik untuk majlis peralihan kuasa itu.

Katanya lagi, keanggotaan majlis presiden adalah terhad bagi pemimpin semasa dan dia masih boleh menyumbang kepada MCA tanpa menjadi ahli majlis itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.